Sebelum memilih tajuk PTA ini, saya telah pun pergi sendiri di Pulau Kukup sebagai tinjauan awal. Pelbagai informasi telah saya dapati serta mengambil gambar di Pulau Kukup ini sebagai rujuan kajian saya serta berkongsi kepada pensyarah serta rakan-rakan. Pulau kukup ini sememangnya kaya dengan khazanah alam serta banyak kawasan yang menarik di dalam ini. Tetapi Pulau Kukup ini kurang mendapat sambutan pengunjung dan ramai lagi yang tidak tahu kewujudan Pulau ini. Perkara ini diakaui sendiri oleh staf-staf yang bekerja di Pulau ini kerana kurangnya pengunjung yang hadir. Kebanyakkan orang lebih mengenali Taman Negara Tanjung Piai, lokasinya tidak begitu jauh dengan Pulau Kukup. Jadi salah satu tujuan kajian saya adalah bagi mempromosikan Pulau Kukup ini supaya mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat dan pelancong asing.
ketika menaiki bot ke Pulau Kukup
No comments:
Post a Comment