Wednesday 9 December 2015

Pra Cipta

Minggu ke 13 merupakan minggu pra cipta untuk semua pelajar Grafik yang mengambil PTA. Persiapan semua telah dilakukan dengan sempurna walaupun ade beberapa masalah. Panel bagi Pra Cipta telah dipasang sehari sebelum hari Pra cipta tersebut.

Tuesday 1 December 2015

Minggu ke 13 ( Pra Cipta )

Pra cipta pada minggu ini, juga merupakan minggu penentu bagi semua pelajar yang mengambil PTA. Harap semua akan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semua harus melepasi Projek Tahun Akhir 1 ini bagi menyambung PTA pada semester hadapan. Saya berharap dapat melepasi Projek Tahun Akhir 1 ini bagi memudahkan segala urusan saya dalam universiti serta bergraduat.

Minggu ke 12

Pada minggu ini kelas akan berjalan seperti biasa. Pensyarah telah memberitahu pada minggu ini semua pelajar PTA akan dibahagikan secara berkumpulan mengikut tajik yang diambil. Contohnya, kepada pelajar yang mengambil tajuk mengenai Pembungkusan akan di bahagikan 1 kumpulan, pelajar yang mengambil tajuk yang berkaitan periklanandan Promosi akan dibahagikan 1 kumpulan dan seterusnya,

Pensyarah juga meminta  agar menyediakan banyak perkara bagi Pra-Cipta pada minggu berikutnya. Banyak yang difikirkan bagi menyiapkan kerja bagi Pra-cipta ini. Cukup masa atau tidak mesti kena buat juga.

Minggu ke 11

Pada minggu ini merupakan "Preview 2" bagi semua pelajar Grafik yang mengambil PTA. Banyak yang telah disediakan bagi "Preview" kali ini. Harap-harap ada peningkatan gari segi markah dan semuanya.

Minggu ke 10

Pada minggu ini kelas PTA seperti biasa. Pensyarah memberitahu bersiap sedia dan menyediakan segala yang di perlukan untuk "Preview 2" pada minggu akan datang. Banyak yang perkara yang diperlukan antaranya lakaran perkembangan idea (50 lakaran), data semasa "Preview 1" dan segala yang berkaitan.


Balik semula ke UNIMAS

Pada 13 November, balik semula ke UNIMAS setelah cuti selama seminggu. Semua data mengenai PTA telah dikumpul di bawa bersama. Semua staf Taman Negara Pulau Kukup memberikan kerjasama yang baik dalam usaha saya bagi mempromosikan Pulau Kukup ini.

Sunday 8 November 2015

Mengambil Data

Saya pergi semula ke Pejabat Pengurusan Taman Negara Pulau Kukup untuk mengambil beberapa data mengenai pelawat yang hadir di Pulau Kukup ini. Data ini akan saya gunakan bagi mengasilkan thesis serta golongan yang utama hadir disini. Saya juga mengambil beberapa gambar serta video untuk dijadkan rujukan.

Pergi ke Pejabat Taman Negara Pulau Kukup

Setelah sedih pada Preview 1, saya balek ke kampung untuk pergi ke pejabat pengurusan Taman Negara Pulau Kukup untuk mendapatkan beberapa maklumat dan info yang berkaitan. saya juga telah menjalankan sesi temu ramah mengenai Pulau Kukup ini bersama pengurus serta staf yang bertugas disana. Pada hari pertama sya datang bagi menghantar surat serta hari kedua barulah saya dapat menjalankan sesi temu ramah berikutan tiada pengurus serta beberapa staf yang lain, Semasa menjalankan sesi temu ramah, saya telah menemuramah 3 orang dalam masa yang sama iaitu terdiri daripada seorang Pengurus serta dua orang staf. Alhamdulillah semuanya memberi kerjasama yang baik serta saya diberi buku mengenai Pulau Kukup serta beberapa barangan yang lain.



Preview 1

Pada minggu ke 8 sebelum cuti midsem, iaitu 5 November semua pelajar PTA grafik dikhendaki membawa dan menghasilkan semua kerja yang di tugaskan seperti modboad, persona, bab 1& bab 2 thesis, kerja-kerja yang lepas berkaitan tajuk kajian serta gambar kawasan kajian. Semua kerja pada minggu ini mempunyai markah iaitu sebanyak 20 markah. Saya membawa semua yang diminta, tetapi mempunyai sedikit masalah yang membuatkan saya sedih. Semoga dapat buat yang terbaik pada Preview yang kedua nanti. Ok bye.

Penerangan mengenai "Design methods for developing services"

Pada minggu ke 7, 29 Oktober saya serta rakan-rakan telah di terangkan mengenai "Design methods for developing services" oleh Dr Siti. Dr siti menerangkan bagaimana proses sebenar mengenai "Design methods" serta perkara yang harus kami lakukan bagi menghasilkan PTA yang betul. Ia haruslah dilakukan mengikut urutan yang betul.

Monday 26 October 2015

ICACA '15 International Conference of Applied and Creative Art

Pada 23 Oktober 2015 (Jumaat) saya di wajibkan  untuk hadir di "ICACA '15 International Conference of Applied and Creative Art" yang berlangsung di DeTar oleh Supervisor saya iaitu Dr. Mastika. Perkara ini disebabkan pada hari tersebut En. Omar iaitu seorang Pengarah Kreatif dari Kuala Lumpur hadir bagi memberi taklimat dan input mengenai periklanan, promosi dan 'brading'. En Omar ini telah berpengalaman dalam bidang ini sudah sekian lama serta mempunyai syakirat periklanannya sendiri. Jadi tidak rugilah saya hadir pada hari tersebut dan memberi sedikit sebanyak motivasi bagi saya bagi melakukan PTA serta sebagai seorang "Graphic Designer".


Gambar ketika saya dan rakan-rakan di ICACA'15

Thursday 22 October 2015

Menyiapkan Bab 2

Menyambung dan mencari jurnal,  artikel bagi menyiapkan Bab 2 iaitu kajian lepas. Mencari data yang sesuai untuk dimasukan dalam petikan kajian lepas. Tinggal beberapa hari lagi nak hantar Kajian lepas ini tapi tak siap lagi. Harap dapat siapkan bab 2 ini sebelum tarikh penghantarannya. Peace.


Wednesday 21 October 2015

Surat Pengesahan Kajian

Mengambil semula surat pengesahan di Pejabat Fakulti setelah disahkan oleh Penolong Pendaftar :-)





Tuesday 20 October 2015

Surat Pengesahan Kajian

Pada hari isnin (19 Oktober 2015) saya telah menghantar surat pengesahan penyelidikan projek tahun akhir (PTA) dan kajian luar kepada pihak pejabat fakulti. Surat pertama yang saya hantar telah ditolak kerana ada beberapa format yang salah dan perlu diperbaiki lagi. Betulkan apa yang diarahkan, dan saya hantar semula surat buat kali kedua dan terdapat juga satu kesilapan yang saya terlepas pandang dan terpaksa pergi betulkan semula. Surat kali ketiga baru diterima oleh pihak pejabat fakulti dan saya di arahkan untuk mengambil semula surat berkenaan pada hari rabu (21 Oktober 2015) apabila disahkan. Agak penat dan geram jugalah sebab turun naik dari tingkat 1 ke tingkat 3 sebangak 3 kali bagi menghantar surat ini.

Tujuan surat ini bagi disahkan oleh Penolong Pendaftar bagi memudahkan proses saya mendapatkan maklumat serta soal selidik di kawasan kajian yang dipilih. Pihak fakulti juga akan menghantar Faks kepada pihak pengurusan Kawasan kajian saya iaitu Taman Negara Pulau Kukup apabila surat yang saya hantar di sahkan. Mungkin dengan adanya surat ini saya dapat masuk ke kawasan Pulau Kukup tidak perlu bayar :-).

surat yang di hantar kepada pihak pejabat fakulti

Monday 19 October 2015

Tarikan yang Terdapat di Pulau kukup

Terdapat pelbagai tarikan serta kemudahan yang terdapat di Pulau Kukup ini yang tidak diketahui ramai. Pada pandangan saya, dengan adanya tarikan ini ia sememangnya berpotensi untuk di jadikan kawasan pelancongan yang lebih terkenal,

Antara tarikan dan kemudahan yang ada di Pulau Kukup ini ialah:


Jambatan Gantung yang terdapat di Pulau Kukup ini merentasi Sungai Ular





   Laluan pejalan kaki disediakan bagi kemudahan pengunjung berjalan di dalam kawasan Pulau






Menara pemerhati setinggi lima tingkat. Dapat melihat pemandangan di kawasan Pulau, pelbagai burung serta kawasan Pulau di Indonesia.

Pergi ke Kawasan Kajian (Taman Negara Pulau Kukup)

Sebelum memilih tajuk PTA ini, saya telah pun pergi sendiri di Pulau Kukup sebagai tinjauan awal. Pelbagai informasi telah saya dapati serta mengambil gambar di Pulau Kukup ini sebagai rujuan kajian saya serta berkongsi kepada pensyarah serta rakan-rakan. Pulau kukup ini sememangnya kaya dengan khazanah alam serta banyak kawasan yang menarik di dalam ini. Tetapi Pulau Kukup ini kurang mendapat sambutan pengunjung dan ramai lagi yang tidak tahu kewujudan Pulau ini. Perkara ini diakaui sendiri oleh staf-staf yang bekerja di Pulau ini kerana kurangnya pengunjung yang hadir. Kebanyakkan orang lebih mengenali Taman Negara Tanjung Piai, lokasinya  tidak begitu jauh dengan Pulau Kukup. Jadi salah satu tujuan kajian saya adalah bagi mempromosikan Pulau Kukup ini supaya mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat dan pelancong asing.
ketika menaiki bot ke Pulau Kukup

Thursday 15 October 2015

Kawasan Kajian (Taman Negara Pulau Kukup)

berikut adalah sedikit penerangan kawasan Kajian saya bagi PTA :

Pulau Kukup terletak di daerah Pontian iaitu salah sebuah daerah di negeri Johor ataupun terletak di perairan Barat Daya Johor iaitu antara Selat Kukup dengan Selat Melaka. Pulau ini berkeluasan 1447 hektar dengan kawasan hutan bakau seluas 647 hektar manakala kawasan tanah berlumpur seluas 800 hektar. Di sini juga terdapat kira-kira 27 spesies bakau asli, tujuh spesies mamalia, enam spesies reptilia, 23 spesies burung dan 111 spesies ikan. Pulau Kukup juga dicatatkan sebagai pulau berhutan paya bakau yang tidak berpenghuni yang kedua terbesar di dunia dan diiktiraf sebagai tapak RAMSAR (Kawasan Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa). Pulau Kukup juga telah diwartakan sebagai Taman Negara Johor pada 27 Mac 1997 dan mula dibuka kepada pelawat pada bulan Julai 2003.


Mesti ramai yang tidak tahu tentang kewujudan Pulau Kukup ini kan. Salah satu tujuan kajian PTA saya ini adalah untuk memperkenalkan lagi pulau ini kepada umum.



Jeti ketibaan di Pulau Kukup

Tuesday 13 October 2015

Tiada Kelas PTA serta Membuat Kajian Lepas

Pada minggu ini,tiada kelas PTA dijalankan tetapi setiap pelajar haruslah berjumpa dengan supervisor masing-masing. Pada minggu sebelumnya saya dan rakan-rakan diarahkan supaya menyambung membuat bab 2 iaitu Kalian Lepas (Literature Review). Sehari sebelum perjumpaan bersama supervisor, saya dan rakan-rakan di bawah seliaan Dr. Mastika tidak dapat berjumba beliau kerana beliau ada urusan tertentu. Seterusnya, saya menyambung untuk membuat bab 2 dengan mencari pelbagai jurnal dan artikel yang berkaitan tajuk kajian.

Berjumpa Supervisor

Pada minggu ini saya dan rakan-rakan yang lain berjumpa supervisor untuk berbincang mengenai bab 1 supaya maklumat/kerja yang dihasilkan dengan betul. Tetapi ada juga rakan yang menukar Tajuk kerana tidak sesuai setelah melakukan perbincangan bersama supervisor. Walaupun sudah siap bab1, namun ada juga yang perlu diperbaiki serta susunan setiap sub topik di dalam bab 1 ini.

Antara perkara yang perlu ada dan diberbaiki dalam bab 1 serta susunannaya :

Pengenalan
Persoalan Kajian
Penyataan Masalah
Objektif Kajian
Skop Kajian
Sasaran Pengguna (Pembungkusan sahaja)
Ruang Lingkup Kajian
Hipotesis (Jangkaan)
Limitasi Kajian
Kepentingan Kajian
Kesimpulan

Seterusnya kami juga di arahkan supaya menulis rujukan (refrent) dengan betul iaitu mengikut format APA style. Setiap maklumat yang dapat haruslah dimasukkan di dalam rujukan. Saya diminta untuk menghantar bab 1 ini pada hari isnin berikutnya setelah diperbaiki segala kesilapan.

Thursday 8 October 2015

Hari Raya Aidiladha

Pada minggu ini tiada kelas (PTA) dan Web design kerana cuti Hari Raya Aidiladha. Cuti hanya 1 hari sahaja yang diberikan menyebabkan saya dan rakan-rakan tidak dapat balik ke kampung halaman masing-masing. kami terpaksalah beraya di Sarawak buat kali ketiga berturut-turut. Walupun bukan di kampung halaman kami tetap juga beraya bersama rakan-rakan yang lain dan melupakan seketika mengenai (PTA) yang harus diselesaikan. 


Gambar bersama ketika menyambut Hari Raya Aidiladha di Sarawak buat kali ketiga berturut-turut

Menyiapkan Bab 1 (Pendahuluan)

Pada minggu ini saya menyiapkan bab 1 dan mengumpul segala maklumat yang berkaitan kajian yang dilakukan. Walaupun bab 1, bukan semudah yang disangkakan untuk membuatnya. Berjumpa dengan penyelia bagi membincangkan segala kesilapan yang ada serta diperbaiki.

Membentang Portfolio serta Berbincang mengenai Tajuk yang dipilih

Pada minggu kedua juga kami semua di kehendaki untuk membentang semua Portfolio yang terkami hasil dan kumpulkan kepada semua pensyarah grafik yang ada. Pada masa yang sama kami juga haruslah membentangkan tajuk yang ingin kaji bagi (PTA). Kami menunggulah giliran sehinggalah selesai. Ada tajuk yang diterima dan ada juga yang tidak diterima oleh pensyarah.

Selepas kelas, saya dan rakan-rakan dibawah seliaan Dr. Mastika berjumpa dengan penyelia kami. Kami ditugaskan untuk membentangkan secara terperinci mengenai tajuk (PTA) yang akan di lakukan kepada Dr. Mastika. Alhamdulillah tajuk yang sayatelah hantar dan dibentang telah diterima oleh Dr. Mastika. Pada awalnya saya membentangkan tajuk mengenai Strategi Mempromosikan Taman Negara Tanjung Piai tetapi Dr. Mastika lebih menyukai tajuk saya yang kedua iaitu Strategi Mempromosikan Taman Negara Pulau Kukup atas keuikan yang ada di kawasan itu tersebut.

Setelah selesai perbincangan, saya dikehendaki membetulkan serta menyiapkan dengan lengkap bahagian bab 1 (PTA). Walaupun bab 1 ianya tetap rumit untuk diselesaikan kerana berdasarkan fakta serta beberapa masalah serta tujuan kajian.

Dibahagikan kepada Supervisor

Pada minggu kedua kami semua dibahagikan kepada supervior masing-masing. Cik Salmiah selaku koordinator Pojek Tahun Akhir 1 Grafik (PTA) telah memuatnaik senarai nama pelajar yang mengambil (PTA) dan supervisor di laman "Facebook" (Tahun Akhir Grafik 2015/2016). Ramai pelajar yang terkejut apabila mendapat supervisor yang tegas dan ada juga kerana gembira mendapat supervior yang di mahukan. Setiap supervisor akan mendapa 10 hingga 12 pelajar yang menjadi mentor mereka. Alhamdulillah saya mendapat supervisor Dr. Mastika iaitu seorang pensyarah yang tegas namun tetap mesra dengan pelajar.

Berikut adalah senarai nama supervisor yang telah diberikan.






Wednesday 7 October 2015

Tajuk Projek Tahun Akhir (PTA)

Pada minggu pertama, kami ditugaskan untuk menghantar 3 proposal bagi Projek Tahun Akhir. Alhamdulullah saya telah menyiapkan 3 proposal dan di hantar kepada pensyarah. Bukan itu sahaja, kami juga membuat portfolio berkenaan hasil-hasil kerja yang lepas serta memfokuskan berkenaan tajuk yang kami mahu hasilkan bagi projek tahun akhir.

Tiga tajuk yang saya hantar adalah ;

1) Strategi Mempromosikan Taman Negara Tanjung Piai
2) Strategi Mempromosikan  Taman Negara Pulau Kukup
3) Kajian Rekabentuk Pembungkusan Produk Minuman Air Katira